Halaman

Thursday, April 28, 2011

Syarat Dalam Bergurau

WALAUPUN bergurau dibolehkan oleh syarak, namun terdapat batasan atau syarat-syarat yang harus dijaga seperti kita tidak berlebihan dalam bergurau iaitu :
  • Pertama : Tidak berlebihan-lebihan dalam bergurau sehingga hilang sifat sopan santun.
  • Kedua : Hendaklah gurauan itu dengan tujuan untuk beramah-tamah atau menyenangkan hati orang lain.
  • Ketiga : Hendaklah dia tidak mengatakan perkara dusta ketika bergurau (tidak berkata kecuali dalam perkara yang benar). Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termidzi maksudnya : "Daripada Bahzi bin Hakim, saya mendengar Rasulullah bersabda : Celaka bagi orang yang berbicara dengan pembicaraan untuk membuat manusia ketawa lalu dia berdusta, celaka baginya, celaka baginya".
  • Keempat : Hendaklah gurauan itu tidak mengandungi perkara yang menakut-nakutkan orang lain.
  • Kelima : Hendaklah gurauan itu tidak mengandungi perkara yang menghina, mencerca, mengolok-olokkan atau menyakiti orang lain.
  • Keenam : Hendaklah dia tidak bergurau senda dalam perkara yang apabila diguraukan perkara itu akan menjadi sungguh-sungguh seperti nikah, talak atau rujuk kerana Rasulullah bersabda : Tiga perkara boleh menjadi sungguh-sungguh dan senda guraunya pula menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk". (riwayat Al-Iman Abi Daud)

1 comment:

  1. skrg ni org dh x heran suma ni...tu yg kdg2 bergurau smpi berbunuh2...pelik!

    ReplyDelete