Halaman

Monday, February 28, 2011

Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu

Inilah Masjid Kristal yang terletak dalam Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu. Aikk.. isteriku sempat lagi berposing di situ..

Friday, February 25, 2011

Mutiara Doa

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah
" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk".

Doa Memperolehi Isteri Dan Anak Bertakwa
" Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa ".
(Surah al-Furqan, ayat 74)

Doa Waktu Pagi Dan Petang
" Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang terjadi ".

Doa Mohon Ketetapan Iman
" Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat ".

Doa Mohon Perlindungan Daripada Kerunsingan
" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada Mu daripada perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang ".

Doa Mohon Dilancarkan Lisan Dalam Berbicara
" Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku ".

Doa Supaya Tidak Berputus Asa
" Ya Tuhanku, sesungghunya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku ".
(Surah Maryam, ayat 4)

Doa Mohon Agar Diri Dan Keturunan Dijadikan Orang Yang Tetap Mendirikan Solat
" Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku ".
(Surah Ibrahim, ayat 40)

Doa Mohon Dihindarkan Daripada Fitnah Dan Diselamatkan Daripada Tipu Daya Orang Kafir
" Kepada Allahlah kami bertawakal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada (tipu daya) orang-orang kafir ".
(Surah Yunus, ayat 85-86)

Doa Mohon Diberi Keputusan Yang Baik
" Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya ".
(Surah al-A'raaf, ayat 89)

Doa Memohon Kesihatan Tubuh Badan (baca pada waktu pagi dan petang)
" Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba. Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba. Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba. Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan. Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau ".

Doa Apabila Melihat Orang Mendapat Bencana
" Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah uji dengannya; dan memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang ".

Doa Mohon Perlindungan Daripada Penyakit Berat
" Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta
dan penyakit-penyakit berat ".
(Riwayat Abu Daud)




Ikan Oscar

Inilah ikan peliharaanku . My Tiger Oscar. Banyak dah ikan yang menjadi mangsanya..hehe. Aku belanya selepas aku kahwin pada pertengahan tahun 2008. Masa tu ia sebesar 2 anak jari sahaja. Sekarang dah sampai 6 anak jari dah.

Wednesday, February 23, 2011

Bunga Anggerik

Inilah bunga Anggerik. My wife ambil gambar ni ketika kami berkunjung ke Cameron Highland, Pahang.

Isteri Tetak Dan Kurung Suami Kerana Cemburu

Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, 23 Februari 2011 memaparkan kisah seorang suami yang ditetak dan dikurung oleh isterinya dengan menggunakan pisau pemotong daging. Menurut si suami, isterinya bertindak demikian kerana cemburu. Malahan isterinya juga menuduhnya mempunyai banyak hubungan dengan ramai wanita sebelum berkahwin.
      Sekarang isteri mangsa ingin mohon cerai. Mangsa pula masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumahtangganya.

Mangsa : " Saya terpaksa menerima 15 jahitan di lengan kiri dan disahkan tiga urat lengan saya terputus. Dia tuduh saya macam-macam termasuk pernah bawa perempuan ke rumah untuk bermalam."


Marilah kita membantu mangsa dengan memberi pendapat dan ideal ?

Monday, February 7, 2011

Langsuria, Banjaran Titiwangsa

Ni gambar pokok Langsuria. My wife amik gambo ni dekat tempat rehat hentian Titiwangsa, berdekatan jambatan Tasik Banding, ketika aku on the way balik dari Kedah ke Terengganu.

Jambatan Pulau Pinang

Aku on the way ke Pulau Pinang. Aku nak berhenti tapi takut kena langgor dengan lori plok, semata-mata nak amik gambor. Jadi tengah drive aku suruh my wife amik gambor ni.

Taman Ular, Perlis

Aku berada di Taman Ular, Perlis. Di sini terdapat pelbagai jenis ular. Aku demam pah tengok ular tedung selar yang besor. Selain ular, buaya dan macam-macam lagi haiwan ada beb.

Gunung Jerai, Kedah

Aku di kaki Gunung Jerai. Kalau nak mai, Mai la kat Yan, Kedah. Gunung ni memang tinggi. Di atas sekali anda boleh tengok permandangan sawah padi di sekitar Yan.

Friday, February 4, 2011

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland

Yahuuu... Aku dah sampai ke kebun buah Strawberry.. Habislah buah tu nati... hee

Kedai Pokok Bunga, Cameron Highland

Korang tengok, ape baju aku pakai? hee.. Memang menyegarkan duk kat Cameron ni. Kalu bule aku nak terus tinggal kat cini jer. Tempat aku bergambar ni adalah kedai pokok bunga. pelbagai jenis bunga ada. 

Pokok Cactus, Cameron Highland

Di Taman Agro Tourism ini juga terdapat penanaman pokok Cactus. Macam-macam jenis ada beb. Datang sendirilah lihat. Ada juga untuk dijual kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.

Pokok Salad, Cameron Highland

Aku berada di Taman Agro Tourism, Cameron Highland. Di sini banyak sayur-sayur fresh beb.

Thursday, February 3, 2011

Kampung Mahsuri, Langkawi

Aku berada di kampung Mahsuri.

Beras Terbakar, Langkawi

Tempat Beras Terbakar di Langkawi. Di luar rumah ini terdapat banyak kedai-kedai cenderahati, baju dan gamat asli.

Mercu Tanda Helang, Langkawi

Aku dan isteri di Langkawi. First bulan madu aku di Langkawi bersama keluarga isteri. Cuba kalian tengok, besar aku ke atau besar burung Helang ini? Hee