Halaman

Tuesday, April 5, 2011

Ketenangan Jiwa

Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, berasa lega, tidak risau dan gundah.

Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada di tempat kerja ataupun di rumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.

Sebaliknya bagi orang yang mengikut hawa nafsu mereka mencari ketenangan melalui proses yang salah yang tidak direstui oleh syarak seperti minum minuman yang memabukkan, menghisap dadah, berseronok dengan wanita-wanita yang bukan isterinya. Kesan dari perbuatan itu, mereka dapati kehidupan yang tidak selesa dan sentiasa dihantui dengan perasaan bersalah.

Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. Agama memberi kekuatan iman dan keteguhan jiwa dengan adanya kepercayaan kepada kuasa dan pertolongan Tuhan. Dalam islam sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat boleh melegakan fikiran serta memberi harapan kepada individu berkenaan. Wirid, berzikir, membaca Al-Quran boleh membantu menenangkan hati. Zikir mengajar individu supaya bertaqwa kepada Tuhan.

Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram kerana selalu mengingati Allah di waktu ditimpa malapetaka. Mereka ingat kepada Allah dan cepat insaf dan memeriksa kekhilafannya agar dapat diubahnya di masa akan datang. Oleh sebab itu hilanglah dukacitanya berganti dengan gembira dan mengharapkan kurniaan Allah. Begitu juga jika mereka mendapat anugerah (nikmat), mereka tidak sombong, malahan mengucapkan terima kasih kepada Allah. Sebab itu hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram baik di waktu susah ataupun gembira. Kesenangan hati itu ialah kebahagiaan yang sebenarnya.

9 comments:

  1. saya suka layout block nie simple dan kemas.kekemasan blog juga memberi ketenangan

    Apa pun amalan bermula dengan niat. kalau kita ikhlaskan niat kita semuanya berjalan lancar. keikhlasan sebenarnya yang memberi ketenangan ketenangan itu memberi kesenangan. kesenangan sebenarnya rahmat Allah... sesiapa yang mendapat rahmat Allah merupakan jiwa2 yang tenang... wallahualam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... Betul tu En Jeragang. Setiap perkara yang dibuat hendaklah lahir dari hati yang ikhlas. Barulah kita dapat merasakan ketenangannya.

    ReplyDelete
  3. thanks wira2 u sebab singgah..


    ikhlas tu menggambarkan ketelusan hati..

    ReplyDelete
  4. Untuk lebih tenang jom ke blog ieta. Ada entry baru. mesti layan punya...

    http://mamaieta.blogspot.com/2011/04/aku-baru-nak-layan-blog-ni.html

    ReplyDelete
  5. Emm... Jom kita terjah blog mama. Kita tengok apa yang ada kat sana.

    ReplyDelete
  6. betul...tapi utk mencapai ketenangan agak susah...

    ReplyDelete
  7. terjah cni,,5 APRIL bfday Yaya,,haha~
    sje je bg thu..kah kah~

    ReplyDelete
  8. Oo.. Ye ke. Happy bfday to you Yaya. Emm.. Bfday yg ke berapa ni? Emm.. Semoga bfday tahun ni Yaya mendapat ketenangan erk.

    ReplyDelete
  9. hidup tanpa agama adalah umpama hidup tanpa motif.. boring..

    ReplyDelete