Halaman

Monday, April 25, 2011

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. 
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.  Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. 
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. 
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.  Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.  Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.  Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.  Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.  Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.  Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.  Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Marilah sama-sama kita cuba amalkannya. Insyallah.

Thursday, April 21, 2011

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Tuesday, April 5, 2011

Ketenangan Jiwa

Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, berasa lega, tidak risau dan gundah.

Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada di tempat kerja ataupun di rumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.

Sebaliknya bagi orang yang mengikut hawa nafsu mereka mencari ketenangan melalui proses yang salah yang tidak direstui oleh syarak seperti minum minuman yang memabukkan, menghisap dadah, berseronok dengan wanita-wanita yang bukan isterinya. Kesan dari perbuatan itu, mereka dapati kehidupan yang tidak selesa dan sentiasa dihantui dengan perasaan bersalah.

Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. Agama memberi kekuatan iman dan keteguhan jiwa dengan adanya kepercayaan kepada kuasa dan pertolongan Tuhan. Dalam islam sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat boleh melegakan fikiran serta memberi harapan kepada individu berkenaan. Wirid, berzikir, membaca Al-Quran boleh membantu menenangkan hati. Zikir mengajar individu supaya bertaqwa kepada Tuhan.

Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram kerana selalu mengingati Allah di waktu ditimpa malapetaka. Mereka ingat kepada Allah dan cepat insaf dan memeriksa kekhilafannya agar dapat diubahnya di masa akan datang. Oleh sebab itu hilanglah dukacitanya berganti dengan gembira dan mengharapkan kurniaan Allah. Begitu juga jika mereka mendapat anugerah (nikmat), mereka tidak sombong, malahan mengucapkan terima kasih kepada Allah. Sebab itu hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram baik di waktu susah ataupun gembira. Kesenangan hati itu ialah kebahagiaan yang sebenarnya.

Thursday, March 17, 2011

Rama-Rama Tetamu Tak Diundang

Gambar rama-rama ni aku amik pada malam 13.06.2010. Rama-rama ni telah datang berkunjung ke rumah ku.. hehe

Monday, March 14, 2011

Kuala Lumpur City Centre

Inilah gambar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Gambar ni aku amik 15 Februari 2010. Ketika itu aku berkunjung ke Kuala Lumpur untuk beli barang kuih isteri ku. Malangnya kedai barang kuih tu tutup lama kerana Hari Raya Cina. Hu hu hu.. .

Sunday, March 6, 2011

Buah Nipah

Buah Nipah ni aku amik gambar semasa aku balik kampung keluarga emak aku kat Yan Kecil, Kedah pada bulan September, 2010. My Mother memang suka minum air nira nipah. Aku pun suka jugak tapi rasanya manis sangat..

Monday, February 28, 2011

Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu

Inilah Masjid Kristal yang terletak dalam Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu. Aikk.. isteriku sempat lagi berposing di situ..

Friday, February 25, 2011

Mutiara Doa

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah
" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk".

Doa Memperolehi Isteri Dan Anak Bertakwa
" Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa ".
(Surah al-Furqan, ayat 74)

Doa Waktu Pagi Dan Petang
" Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang terjadi ".

Doa Mohon Ketetapan Iman
" Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat ".

Doa Mohon Perlindungan Daripada Kerunsingan
" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada Mu daripada perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang ".

Doa Mohon Dilancarkan Lisan Dalam Berbicara
" Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku ".

Doa Supaya Tidak Berputus Asa
" Ya Tuhanku, sesungghunya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku ".
(Surah Maryam, ayat 4)

Doa Mohon Agar Diri Dan Keturunan Dijadikan Orang Yang Tetap Mendirikan Solat
" Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku ".
(Surah Ibrahim, ayat 40)

Doa Mohon Dihindarkan Daripada Fitnah Dan Diselamatkan Daripada Tipu Daya Orang Kafir
" Kepada Allahlah kami bertawakal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada (tipu daya) orang-orang kafir ".
(Surah Yunus, ayat 85-86)

Doa Mohon Diberi Keputusan Yang Baik
" Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya ".
(Surah al-A'raaf, ayat 89)

Doa Memohon Kesihatan Tubuh Badan (baca pada waktu pagi dan petang)
" Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba. Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba. Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba. Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan. Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau ".

Doa Apabila Melihat Orang Mendapat Bencana
" Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah uji dengannya; dan memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang ".

Doa Mohon Perlindungan Daripada Penyakit Berat
" Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta
dan penyakit-penyakit berat ".
(Riwayat Abu Daud)




Ikan Oscar

Inilah ikan peliharaanku . My Tiger Oscar. Banyak dah ikan yang menjadi mangsanya..hehe. Aku belanya selepas aku kahwin pada pertengahan tahun 2008. Masa tu ia sebesar 2 anak jari sahaja. Sekarang dah sampai 6 anak jari dah.

Wednesday, February 23, 2011

Bunga Anggerik

Inilah bunga Anggerik. My wife ambil gambar ni ketika kami berkunjung ke Cameron Highland, Pahang.

Isteri Tetak Dan Kurung Suami Kerana Cemburu

Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, 23 Februari 2011 memaparkan kisah seorang suami yang ditetak dan dikurung oleh isterinya dengan menggunakan pisau pemotong daging. Menurut si suami, isterinya bertindak demikian kerana cemburu. Malahan isterinya juga menuduhnya mempunyai banyak hubungan dengan ramai wanita sebelum berkahwin.
      Sekarang isteri mangsa ingin mohon cerai. Mangsa pula masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumahtangganya.

Mangsa : " Saya terpaksa menerima 15 jahitan di lengan kiri dan disahkan tiga urat lengan saya terputus. Dia tuduh saya macam-macam termasuk pernah bawa perempuan ke rumah untuk bermalam."


Marilah kita membantu mangsa dengan memberi pendapat dan ideal ?

Monday, February 7, 2011

Langsuria, Banjaran Titiwangsa

Ni gambar pokok Langsuria. My wife amik gambo ni dekat tempat rehat hentian Titiwangsa, berdekatan jambatan Tasik Banding, ketika aku on the way balik dari Kedah ke Terengganu.

Jambatan Pulau Pinang

Aku on the way ke Pulau Pinang. Aku nak berhenti tapi takut kena langgor dengan lori plok, semata-mata nak amik gambor. Jadi tengah drive aku suruh my wife amik gambor ni.

Taman Ular, Perlis

Aku berada di Taman Ular, Perlis. Di sini terdapat pelbagai jenis ular. Aku demam pah tengok ular tedung selar yang besor. Selain ular, buaya dan macam-macam lagi haiwan ada beb.